Novel Destinasi Impian : Watak dan Perwatakan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Novel Destinasi Impian : Watak dan Perwatakan (Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1)

Watak dan Perwatakan :

Watak Utama :  Firdaus

  • Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih.
  • Tingkah laku agak keperempuanan.
  • Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar.
  • Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan kerja-kerja perempuan.
  • Selalu dimanjakan.
  • Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi.
  • Cepat marah apabila kepenatan.
  • Suka berdendam.
  • Meminati Mazlinda.

…………………………………………………………………….

Watak Sampingan :

1. Azlina :

  • Gadis berusia 16 tahun.
  • Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
  • Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
  • Adik kepada Firdaus.
  • Suka mencabar Firdaus.
  • Seorang yang kuat semangat.
  • Sentiasa riang dan cergas.
  • Suka akan cabaran.
  • Mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan.
  • Suka mengkritik dan tidak mudah melenting apabila dikritik.

2. Johari :

  • Sepupu Azlina dan Firdaus.
  • Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
  • Suka berbasikal.
  • Suka membaca.
  • Suka akan cabaran.
  • Suka memberi nasihat kepada sepupunya.

3. Mazlinda :

  • Rakan sekelas Firdaus.
  • Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam.
  • Anak orang berada.
  • Berpura-pura tidak pandai berenang.
  • Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib.

4. Sazali dan Mokhsin :

  • Rakan sekelas Firdaus.
  • Suka mengejek Firdaus.
  • Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di Pantai Morib.

 

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment